>expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 1 March 2017

Refleksi Diri


Okay ni laa puteri-puteri kelas M3T2B yang cantik-cantik gitu. 

Sepanjang perjalanan kami di Kolej Matrikulasi Perlis ni, banyak aktiviti & tugasan yang kami dapat salah satunya buat blog ni la dan semua yang kami kena buat tu macam-macam ragam kami dah lalui bersama. Dan dari situ jugak kami mengenal hati budi, telatah, perangai masing-masing.
Yang paling utama yang nak cerita kat sini ialah apa yang kami semua dapat sepanjang perjalanan kami di KMP ni terutamanya semasa kelas dinamika.
Tugasan pertama yang kami dapat ialah buat video mengenai diri sendiri. Dalam video kami tu kami kena perkenalkan diri sendiri, ceritakan latar belakang diri sendiri & keluarga, kongsi pengalaman hidup yang menjadi titik tolak dalam kehidupan, analogi diri dan visi & misi kami. Jadi banyak yang kami dapat dari tugasan tu, contohnya kami dapat mengenali lebih lagi pasal kawan-kawan yang lain. Selain tu, kami dapat melatih diri sendiri untuk membina keyakinan diri dan membuat video sebab nanti kat universiti lagi banyak tugasan yang lebih kurang macam ni tapi lebih mencabar so ni macam persediaan awal untuk kami.
Seterusnya, kami kena dibahagi kumpulan untuk terangkan pasal gaya berjalan, turun naik tangga, duduk, berdiri, naik lif, dan lain-lain.
Dan yang paling mencabar skali kami kena buat video kempen kemasyarakatan dan persembahkan video tu dalam konsep majlis pelancaran. Kenapa tugasan ni mencabar sebab sem ni kami agak kelam kabut so masa nak buat video tu sangat lah susah nak cari idea, kena cari masa yang sesuai, lepastu kena fikir macam mana nak atur majlis pelancaran sebab kami tadak pengalaman. Tapi dari situ kami dapat belajar macam-macam sebab semua orang ada tugas masing-masing macam contohnya sebagai editor kena edit video bagi menarik, dapat belajar cara-cara nak guna application video editor, dapat belajar cara-cara mengendali majlis dan macam-macam lagi la. Waktu tu jugak la kami merapatkan lagi hubungan silaturrahim.



Rakaman terakhir kami di pondok pengawal dan paling best sekali pakcik Azrie ni sangat sporting. Dia banyak tolong dan bagi kerjasama dengan kami untuk rakam video ni.


Okay ni logo kelas kami untuk pembikinan video. Kalau tengok huruf-huruf keramat tu memang tak faham kan, haa maksud huruf-huruf tu ialah gambungan huruf pertama nama ahli kelas kami. D untuk Dania, A2  untuk Aliah dan Aina, H untuk Hazirah aka kaksu, E untuk Elin, I2  untuk Irra dan Isma. Dan bentuk yang kami buat tu ialah mini love dengan #spreadthelove bersempena kempen kami iaitu kempen penyayang.


Maaf gambar tak berapa nak jelas dan jauh nun di situ :D
Ni gambar masa pengucapan awam baru-baru ni. Tajuk yang saya pilih ialah Tips Penampilan Diri dan antara point yang saya bentangkan ialah pemilihan gaya pemakaian dari segi bentuk badan, kulit warna dan pemilihan tudung mengikut bentuk muka.
Kalau ada yang berminat untuk baca boleh cari di dalam blog saya ini yaaaaaaa.
Okay, antara input yang saya perolehi dari tugasan pengucapan awam ni ialah semestinya saya dapat ilmu baru tentang penjagaan penampilan diri. Selain tu, saya juga dapat melatih diri berucap di hadapan orang ramai (walaupun tak ramai sangat) hanya dengan bahan bantu (powerpoint) yang ada gambar saja hahahaha selama ni buat pembentangan ada teks tapi kali ni kena spontan. InsyaAllah ilmu ni berguna semasa di alam universiti. 

1 comment: