Sekarang ini ramai yang sangat mementingkan penampilan diri tanpa mengira jantina sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga penampilan supaya sentiasa kelihatan menarik dan cantik. Walaupun kacantikan dalaman dikatakan lebih penting dari penampilan fizikal, realitinya penampilan luaran lebih berpengaruh. Oleh itu, ada beberapa tips di sini yang saya ingin kongsikan untuk menjaga penampilan diri.
Orang di sekeliling kita akan selesa ketika melihat kita yang berpenampilan bersih dan rapi. Menjaga kebersihan ini sangat digalakkan. Sebagai contoh kita harus menggosok gigi secara teratur, mandi dan memakai pakaian yang bersih. Oleh itu, kita akan tampil dengan segar dan menaikkan keyakinan diri serta lebih mudah untuk bergaul dengan orang ramai.
2.MERAPIKAN RAMBUT
Rambut adalah mahkota yang sering dikatakan oleh masyarakat sekarang sama ada lelaki atau perempuan. Rambut juga berfungsi sebagai bingkai wajah sehingga rambut perlu dijaga untuk sentiasa kelihatan elok sama ada pendek atau panjang. Setiap hari kita harus menyikat rambut supaya tidak kusut atau serabut. Kita perlu sesuaikan gaya rambut dengan bentuk wajah kerana ia akan menonjolkan keterampilan dan kekemasan kita.
3.MENJAGA KULIT
Kulit wajah kita selalu ditumbuhi jerawat yang akan menjejaskan kepercayaan diri. Oleh sebab itu, sangat penting untuk kita membersihkan wajah setiap hari dengan menggunakan pencuci muka agar terhindar dari jerawat. Selain itu, kita juga digalakkan menggunakan pelembap atau krim pelindung kulit supaya kulit kita sentiasa segar dan mengelakkan dari penuaan dan kerosakan kulit.
4.MENJALANI GAYA HIDUP SIHAT
Individu yang sihat tentu akan kelihatan menarik dan segak. Dengan pemakanan yang sihat, masa rehat yang mencukupi, sentiasa bersukan dan memiliki berat badan yang ideal adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan penampilan yang terbaik. Memilik gaya hidup yang sihat dan seimbang akan meningkatkan tenaga dan sentiasa bertenaga.
5.MEMILIH GAYA PEMAKAIAN YANG SESUAI
Untuk kelihatan menarik kita mestilah memilih gaya yang sesuai untuk setiap pakaian yang kita kenakan setiap hari. Pakaian juga salah satu faktor yang mempengaruhi keyakinan dan kepercayaan diri. Antara contoh penampilan yang sesuai ialah ketika kita menghadiri majlis formal, kita harus memakai kemeja atau blaus bagi wanita berserta dengan blazer atau kot dan berseluar slack atau skirt dan berkasut tutup.
6.PENJAGAAN DIRI
Antara penjagaan diri yang sering dilakukan oleh masyarakat kini ialah memanjakan diri di spa. Cara ini akan meningkatkan kualiti penampilan kita secara automatik. Selain itu, penjagaan wajah, kuku juga boleh dilakukan paling kurang satu hingga dua kali sebulan.
7.SENYUM
Kita semua sememangnya pasti bahawa seseorang yang sering melukiskan senyuman di wajahnya akan lebih kelihatan menarik. Sesiapa sahaja yang sentiasa tersenyum semestinya lebih mudah didampingi kerana ia menunjukkan dirinya yang sentiasa positif walaupun ditimpa masalah malah kita tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk senyum dan tidak akan mendatangkan kerugian sama sekali.
8.RAMAH MESRA
Jika kita sentiasa beramah mesra, orang lebih tertarik untuk berkawan dengan kita. Di samping itu, orang juga akan selesa dengan kita jika kita memiliki keprihatinan dan simpati. Walaupun tidak semua orang akan memberi respon yang baik terhadap kita, jangan sesekali membalasnya dengan sikap yang negatif tapi kita boleh tunjukkan sikap positif.
9.BERSEDERHANA
Sesetengah individu terutamanya wanita beranggapan memakai solekan yang tebal akan tampil lebih baik. Padahal orang lebih suka dengan keneutralan dan kecantikan semula jadi. Selain itu, solekan yang tebal juga akan menjejaskan kulit dan kesihatan kerana kulit kita sangat sensitif terhadap bahan kimia yang terkandung dalam produk kita gunakan setiap hari.
10.MENJADI DIRI SENDIRI
Untuk kelihatan menarik dan berketerampilan, kita harus mempunyai keunikkan diri sendiri dengan menjadi diri sendiri kerana setiap orang mempunyai peribadi berbeza-beza yang melambangkan keunikkan tersendiri. Kita tidak perlu takut untuk menjadi yang lain daripada yang lain kerana ia lebih menarik jika kita berbeza dari kebiasaan.
Sumber :
klinikkecantikan.co.id/perawatan/cara-menjaga-penampilan-diri-wanita
Sumber :
https://m.youtube.com